Cerita kisah Nabi Idris AS - Idris atau Nabi Idris AS. (Arab: إدريس ) adalah salah seorang rasul yang merupakan
putra Adam yang pertama kali diberikan hak kenabian oleh Allah setelah Adam
sendiri dan Shiyth a.s. (Set menurut Yahudi dan Nasrani). Dalam Alkitab, Idris
dikenal dengan nama Henokh.
Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam, putra
dari Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Shiyth bin Adam a.s. yang
menjadi keturunan pertama yang diutus menjadi nabi setelah Adam dan Shiyth.
Menurut kitab tafsir, beliau hidup 1.000 tahun setelah Nabi Adam wafat.
![]() |
| Cerita kisah Nabi Idris AS |
Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin
ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk menciptakan alat-alat untuk mempermudah
pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematika, astronomi, dan lain
sebagainya. Menurut suatu kisah, terdapat suatu masa di mana kebanyakan manusia
akan melupakan Allah sehingga Allah menghukum manusia dengan bentuk kemarau
yang berkepanjangan. Nabi Idris pun turun tangan dan memohon kepada Allah untuk
mengakhiri hukuman tersebut. Allah mengabulkan permohonan itu dan berakhirlah
musim kemarau tersebut dengan ditandai turunnya hujan.
Nabi Idris diperkirakan bermukim di Mesir di mana ia
berdakwah untuk menegakkan agama Allah, mengajarkan tauhid, dan beribadah
menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikutnya supaya
selamat dari siksa dunia dan akhirat.
Menurut buku berjudul The Prophet of God Enoch: Nabiyullah
Idris, Idris adalah sebutan atau nama Arab bagi Enoch, nenek moyang Nabi Nuh.
Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia pilihan Allah sehingga Dia
mengangkatnya ke langit. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahwa Nabi
Idris wafat saat beliau sedang berada di langit keempat ditemani oleh seorang
malaikat. Beliau hidup sampai usia 82 tahun
1. Nabi Idris
Kedatangan Tamu
Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab
beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus)
kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap
kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan
tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya
kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian,
Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan.
Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar
diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat
pun duduk.
Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa.
Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa
makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam
Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris
menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai
tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu
menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat
Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan
melihat sikap Malaikat itu.
Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan
bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat
Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”
Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan
berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai
pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai Idris,
adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun
menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang
halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
2. Malaekat Izrail
mencabut nyawa Nabi Idris atas permintaannya.
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan
mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat
hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri
temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa.
Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu,
siapakah tuan yang sebenarnya? Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang bertugas mencabut
semua nyawa makhluk?” “Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan bersama saya selama
empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai Idris, selama empat hari ini
banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan
hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap
makanan.”
“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan
datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk menziarahimu dan
Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah
satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan
mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat
menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”
Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah
mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia
mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka
Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka
menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya
Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan
Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
3. Malaekat Izrail
membawaNabi Idris ke Syurga dan ke Neraka
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya:
“Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor
binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu
kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap
tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap
sesiapa pun sebelum tuan. Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi
kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya
dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan
dahsyatnya api neraka itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka
jika tanpa izin dari Allah SWT.”
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia
membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di
Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk
menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa,
kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri,
air panas yang mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka
pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai
Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong
saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang
telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun
dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa
tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat
Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya
ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di
pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat
melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam
kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa
buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan
lain-lain.
Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut,
saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api
Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah
mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan
kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah
memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi.
Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah
satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di
luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, aku telah
meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan
ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi,
sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai
Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasakan
mati.”
.jpg)
0 komentar:
Posting Komentar